Ahad, Mac 26, 2017

MANFAATKAN WAKTUMU

Setelah dua bulan lebih bersekolah bagi sesi persekolahan tahun 2017 ini, tidak terasa sudah tiba cuti pertengahan penggal satu tahun 2017. Aduhai..., begitu cepatnya waktu berlalu pergi meninggalkan kita. Siapa yang lalai  pasti akan ketinggalan dan ditinggalkan. Seandinya kita merasa akan hal demikian, maka kembali kita mengingati peringatan dari Sang Rasul yang pernah mengungkapkan dalam hadist baginda; 

Tidak akan tiba hari Kiamat hingga zaman berdekatan, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma.” ( HR. Imam Ahmad – Musnad Imam Ahmad )

Inilah hakikat yang berlaku pada saat ini. Buahpun kadang seolah tidak bermusim. Dulu ketika zaman kami masih kecil, buah berbuah mengikut musim. Kalau musim durian, satu kampung akan ke hutan dan ke kebun mencari durian. Dulu kami bangun awal-awal pagi untuk mengutip durian yang jatuh ke tanah. Bila terdengar bunyi buah jatuh, “...gedebukkkk....“ maka semua akan berlari ke arah bunyi tersebut berebut  buah yang jatuh. Bila dah pegang buah tersebut maka teriak, “...aku dapat..., aku dapat...”. Dengan senyum bangga dan gembira, buah disimpan dan dibawa pulang. Haha..., kenangan dulu-dulu.

Siapapun pasti mengetahui, masa yang sudah berlalu tidak akan kembali lagi. Kalau batu yang kita lempar ke sungai barangkali masih ada kemungkinan untuk kita cari dan dapatkan kembali, tetapi tidak dengan masa. Kalaupun ada hari esok, namun besok adalah hari baru yang sama sekali berbeza dengan hari ini atau hari semalam. Oleh kerana itu, jangan sampai kita sia-siakan setiap detik dari masa kita. Lakukanlah yang bermanfaat dengan membaca, menalaah atau perbincangan yang bermanfaat dari sekedar berbual kosong, apalagi cerita yang berbaur dosa. Kesempatan cuti sekolah manfaatkan waktu bersama anak-anak dan keluarga kita sehingga menjadi waktu yang efektif dan mengukir nilai kenangan buat anak-anak.


Setelah kembang bagikan...
Pukul sampai kembang
Dah kembang
Seronok buat aiskrim...
Bagi pewarna dan perisa...
Seronoknya anak-anak...


Cuti sekolah kali ini kami sekeluarga tidak banyak berjalan. Disamping anak-anak disuruh menelaah buku pelajaran, berenang, beriadhah bersama, kami juga buat aktiviti membuat aiskrim sendiri di rumah. Resipi ini aku dapat di youtube. Terima kasih buat pembuat video yang mahu berkongsi, sungguh manfaatnya baik. Semoga dapat pahala.

Bahan-bahannya mudah seperti dibawah ini :


Bagi colour dan perasa... milo ka... 
  •  Susu cair 1 tin.
  • Susu pekat 1 tin.
  • Air 1 tin susu ( tapi aku tak suka air banyak – cukup setengah tin ).
  • Tepung jagung 1 sudu teh.
  • Ovalette 1 sudu the.
  • Pewarna dan perisa makanan yang dikehendaki ( seperti; milo/strawberry/banana/pandan ddl.)
  •  Vanilla.
  • Milo seckukupnya ikut selera.

Cara-cara membuat :

Masukkan dalam freezer...
  •  Masukkan susu cair dan susu pekat dan masak dalam waktu 5 menit.
  • Biarkan agak sejuk dan masukkan ovalette dan tepung jagung.
  • Pukul sehingga kembang ( kalau pakai mixer buat setting turbo ).
  • Kalau dah kembangkan bahagikan mengikut berapa warna kita mahu dan masukkan setiap bahagian mengikut perisa yang dikehendaki.
  • Masukkan dalam freezer dan setelah 5 jam dah buleh makan. 
  • Selamat mencuba ya.
Ini dah jadi

Kami dah cuba 2 kali alhamdulilah menjadi. Inilah antara aktiviti kami dengan anak-anak semasa cuti. Anak-anak masing-masing buat ikut warna dan perisa yang dikehendaki masing-masing. Ada perisa milo vanila dan strawberry. Semoga bermanfaat. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...