Semoga Anak Soleh Solehah |
Namun mendidik anak bukanlah semudah harapan dan impian yang berlegar di fikiran kita. Pendidikan anak adalah tarbiyah yang harusnya berterusan mengikut tahap dan fasa perkembangan anak. Tujuannya tidak lain, agar pendidikan itu sesuai dan menepati tahap umur anak-anak itu. Oleh itu begitu banyak teori-teori parenting yang ditulis bahkan di bengkelkan dimana-mana. Taip sahaja keyword di mesin pencarian google, maka anda akan menemui puluhan bahkan ratusan entri yang ditulis berkaitan teori pendidikan anak.
Perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah sungguh sederhana. Rasullah mengumpakan anak bagaikan kain putih yang bersih, sementara ibu dan ayahnyalah yang bertanggungjawab memberikan warna-warna terhadap kain putih, iaitu anak tersebut. Maknanya, jangan pernah kita berharap kuning pada kain putih kita kalau di tangan kita hitam. Demikian juga sebaliknya, jangan pernah berharapkan anak baik kalau kedua orang tuanya jauh dari sifat-sifat yang baik. Sebab isyarat dari Rasulullah adalah, anak tumbuh dan berkembang mengikut apa yang ia lihat, dengar dan cermati dari kita sebagai ibu dan ayah. Dalam bahasa agama disebut sebagai "biah hasanah" atau lingkungan yang baik. Sedangkan pelengkap bagi mewujudkan lingkungan yang baik itu perlu ada "istiqomah" atau berterusan. Mampukah kita?. Sudah tentu kita merasa berat kan.
Melihat dari sudat pandang kita sebagai manusia sudah tentu kita merasakan berat. Dengan seribu kekurangan yang ada pada kita sebagai manusia, yang diurus juga manusia, iaitu anak kita. Akhirnya dari mana kita akan memperolehi kekuatan kalau bukan dari yang mengciptakan kita semua yakni Allah SWT. Doa kita sebagai ibu..., sebagai ibu..., sebagai ibu..., sebagai ayah adalah senjata yang paling ampuh dan berkesan. Namun semuanya harus bermula dari sebuah usaha. Setakat mana keberkesanannya kita serahkan kepada yang Maha Mengetahui dan menentukan iaitu Allah SWT.
Anakku Action Song Peringkat Negeri 2014 |
Anakku tidak lah sehebat prestasi anak orang lain. Namun mereka tekun dan berkeinginan tinggi, itu sudah cukup menjadi modal untuk kecemerlangan mereka suatu saat nanti. Doaku dan isteri juga tidak akan pernah putus untuk mereka. Perjalanan mereka masih panjang. Maknanya jalan mereka untuk mengukir prestasi masih jauh kedepan. Pendapatku dan isteri sederhana, tidak terlalu memaksa untuk mereka begini dan begitu. Aku dulupun bukanlah orang yang cemerlang akademik atau dalam bidang-bidang lain, akan tetapi punya keinginan dan tekad kuat. Buat aku, Kukuhkan diri mereka dengan asas-asas agama, aqidah, akhlak dan mengaji. Terima kasihku buat isteri tercinta, kerana tekun mengajarkan anak-anakku mengaji sehingga mereka dapat membaca al-Quran dengan baik.
Tahun ini anakku yang sulung tahun enam, maknanya tahun ini ia menduduki peperiksaan UPSR. "Nak.., ummi dan abi mendoakan kebaikan buat mu. Berbuatlah semampumu, abi tahu dihati kecilmu ingin membuat yang terbaik." Ketahuilah tidak seorangpun ibu dan ayah tidak berkeinginan untuk melihat kejayaan anaknya. Semoga semua anak kita cemerlang dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan